? ??????????????Sci Fi? ????? ?? ???Rating: 4.0 (86 Ratings)??1116 Grabs Today. 15147 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????????????????????Dawn Stilled Water? ????? ?? ???Rating: 4.8 (4 Ratings)??1056 Grabs Today. 5187 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Khamis, 25 Mac 2010

Hadapi kehidupan di dunia yang fana ini dengan penuh keimanan

Apakah Erti Kehidupan???
Pernahkah terfikir di benak pemikiran kita, untuk apa sebenarnya kehidupan ini? Sudah puaskah kita dengan kualiti hidup yang sekarang kita jalani? Begitu banyak pertanyaan yang seringkali tidak terlintas tentang hidup ini. Idealnya, dalam hidup ini kita dapat mengisinya dengan pelbagai hal bermanfaat yang dapat meningkatkan kualitinya. Banyak sekali hal yang dapat kita lakukan untuk mengisi kehidupan kita agar lebih bererti.Pertama, isilah dengan kreativiti. Belajarlah untuk membangun kreativiti yang kita miliki dengan baik lantaran kreativiti itu dapat membawa diri kita menjadi lebih baik. Tetaplah berwaspada apabila kreativiti kita telah membawa kita ke kehidupan yang lebih baik, lantaran kita dapat jatuh apabila kesombongan datang setelah kekreativitian kita diakui keunggulannya.Kedua, belajarlah untuk bermimpi. Tidak ada larangan dalam bermimpi, lantaran itulah hendaknya kita mempunyai impian besar yang ingin kita raih. Setiap orang pasti memiliki impian dan impian itu akan mempengaruhi perilaku kita. Kita akan senantiasa berusaha untuk mewujudkan impian itu. Oleh itu, milikilah mimpi yang besar dan teruslah berusaha untuk mewujudkannya. Mimpi besar tidak akan bererti apa-apa apabila kita tidak pernah berusaha untuk meraihnya.Ketiga, kekuatan mental. Selain kreativiti, mental kita pun harus terus dilatih agar kuat dan siap siaga menghadapi kerasnya kehidupan ini. Mental yang harus kita kembangkan adalah mentaliti bangga memiliki sesuatu yang bermanfaaat untuk dikembangkan agar berguna bagi orang lain.Keempat, bersahabat dengan malu. Dalam sebuah hadis, Rasulullah (saw) bersabda, "Jika engkau tidak malu maka berbuatlah sesuka hatimu." Sebagai orang beriman, hendaklah kita memiliki rasa malu lantaran malu adalah sebahagian daripada iman. Malu juga menjaga kita daripada perbuatan yang dilarang oleh Allah swt. Hendaknya kita malu untuk bermaksiat kepada Allah sedangkan kita tinggal di bumiNya, memakan rezekiNya d ingatlah bahawa Allah Maha Melihat.Kelima, bersahabat dengan marah. Kendalikanlah kemarahan kita lantaran kemarahan yang tidak terkendali akan mengakibatkan hal yang buruk. Carilah pelbagai cara untuk dapat bersahabat dengan amarah, lalu berusahalah untuk mengendalikan dan mengaturnya. Rasulullah (saw) bersabda, "Apabila di antara kamu sedang marah dan pada posisi berdiri maka duduklah, jika duduk juga masih marah, maka berbaringlah."Keenam, belajarlah untuk menjadi lebih baik. Manfaatkanlah umur dan waktu yang kita miliki. Jika kita dapat hidup lebih baik mengapa kita harus hidup dengan kondisi yang biasa-biasa sahaja? Kalau kita mampu bangkit daripada kehinaan mengapa harus berdiam diri? Berusahalah dengan maksimum untuk menjadikan setiap bahagian daripada hidup kita selalu lebih baik daripada sebelumnya.Akhirnya, teruslah memperbaik diri dengan senantiasa meningkatkan potensi dan amal kita

Rabu, 10 Mac 2010

Tip untuk menjimatkan minyak

awesome 2U ingin berkongsi tip dengan anda cara-cara untuk menjimatkan minyak.Pejam celik pejam celik hari ini kita dah tahun 2010.Bagi mereka yang mempunyai keluarga dan anak-anak yang bersekolah waktu cuti persekolahan ini adalah masa terbaik untuk membawa anak-anak bercuti di kampung halaman.Dalam sebulan dari sekarang, sesi persekolahan baru akan dibuka dan sudah tentu banyak perbelanjaan dan keperluan sekolah anak-anak perlu disediakan.Sudah tentu perancangan kewangan perlu disediakan lebih awal dan sebolehnya kita mula melakukan perbelanjaan berhemat mulai sekarang.Salah satu bentuk penjimatan yang dapat kita lakukan mulai sekarang adalah melalui penggunaan minyak kenderaan kita.Jadi hari ini saya nak kongsikan beberapa tip penjimatan petrol dan diesel yang saya perolehi dari rakan -rakan saya yang bertugas di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Kepenggunaan dan Koperasi. Berikut tips yang boleh kita ikuti:-
• Elakkan mengisi minyak pada cuaca yang bersuhu tinggi. Isi minyak pada awal pagi atau malam kerana pada waktu ini minyak kurang termeluwap dan berketumpatan yang tinggi.
• Pastikan anda menggunakan gear yang betul. Penggunaan gear rendah untuk kelajuan yang tinggi akan mengakibatkan anda kehilangan lebih 45% minyak.
• Bawa kereta dengan kelajuan yang konsisten dan kurangkan penukaran gear.• Kurangkan perjalanan jarak dekat
.• Tutup tingkap kereta ketika memandu. Ia akan menjimatkan minyak anda sehingga 10%.Pastikan tekanan tayar anda berada pada pada ukuran yang betul. Jangan terlalu banyak atau terlalu sedikit.
• Elakkan memasang peralatan tambahan yang tidak aerodinamik seperti alat pengangkutan barang di atas bumbung.
• Buat pemeriksaan enjin dari masa ke semasa.• Kawal kelajuan kira-kira tidak melebihi 90km. Semakin laju kenderaan, semakin banyak bahan api digunakan.
• Jangan membrek secara mengejut. Brek berlebihan mengakibatkan tenaga bahan api hilang melalui penggeseran tenaga
.• Pastikan kereta diselenggara dengan baik. Servis kereta mengikut jadual.• Periksa penapis udara dan penapis minyak petrol ( tukar 40 000 km sekali).
• Elakkan melalui kesesakan jalan raya dengan membuat perancangan perjalanan terlebih dahulu.
• Matikan enjin ketika sedang menunggu.
• Guna tayar kereta yang low profile dan mempunyai special rubber compound (Grip tinggi rintangan kurang).
• Pakai rim tayar biasa dan mengikut kesesuaian jenis kereta. Penggunaan rim tayar yang lebih besar menyebabkan bebanan kepada enjin.
• Isi minyak secara perlahan semasa di stesen minyak.
• Membuat isian semula minyak apabila takat minyak tidak kurang daripada separuh tangki kenderaan
.• Jangan membawa barangan terlalu banyak kerana apabila berat bertambah bebanan enjin akan meningkat dan penggunaan minyak akan bertambah.
• Elakkan mengisi minyak ketika lori tangki minyak sedang mengisi tangki di stesen minyak untuk mengelak kotoran di dalam tangki bercampur dengan minyak yang diisi disebabkan oleh tekanan pengeluaran minyak daripada lori yang kuat semasa proses tersebut.Selamat mengamalkannya daripada awesome 2U

Jam tangan saiz besar

Jam tangan berdiameter 45 milimeter itu merupakan antara jam tangan yang terbesar di pasaran antarabangsa.

BINGKAI jam tangan TW Steel kuning keemasan yang bertatahkan permata berkilau.

SEBUT sahaja jam tangan, sesetengah individu sudah membayangkan aksesori asas yang menjadi pelengkap gaya. Kehadiran jenama jam tangan mewah termasuk edisi terhad dan koleksi khas pereka fesyen tersohor, membuatkan jam tangan diiktiraf sebagai aksesori pengungkap personaliti dan sifat si pemakai.

Jam tangan didapati dalam pelbagai bentuk, warna dan saiz. Di pasaran jam tangan, antara jenama yang terkenal dengan kehebatannya ialah TW Steel. Ia merupakan singkatan kepada frasa The Watch in Steel.

JENAMA TW Steel cenderung memilih keluli tahan karat bagi menghasilkan jam tangan yang berkualiti dan terbaik.

Pada 2005, TW Steel yang berasal dari Belanda telah berjaya melancarkan empat model edisi terhad yang istimewa. Identiti tersebut terletak pada saiz muka jam tangan keluarannya.

Jam tangan berdiameter 45 milimeter itu merupakan antara jam tangan yang terbesar di pasaran antarabangsa. Ia boleh dimiliki wanita dan lelaki.

JAM tangan rona hitam sesuai digayakan oleh jejaka yang aktif.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif TW Steel, Jordy Cobelens, koleksi jam tangan itu unik dan tersendiri dari segi karakter yang ditampilkan. Diperbuat daripada keluli tahan karat, jam tangan TW Steel menepati standard pembuatan jam tangan Switzerland selain menawarkan variasi tali jam seperti jenis kulit dan getah.

"Jam tangan bersaiz besar memang popular pada zaman sekarang dan ia mencapai kejayaan yang memberangsangkan dalam tempoh masa yang singkat," ujarnya sambil menjelaskan setakat ini TW Steel telah mengeluarkan hampir 130 model jam tangan.

Setiap model memiliki imej tersendiri. Antaranya, Canteen, Goliath, Grandeur, Diver, Tech, Icon, CEO Canteen dan CEO Tonneau. Memandangkan stail dan penggayaan jam tangan agak subjektif, bapa kepada Jordy, Ton Cobelens menerajui proses rekaan yang memenuhi cita rasa semasa. Tambahan pula, Ton sebelum ini pernah bekerja dengan jenama jam tangan terkemuka, Raymond Weil pada era 1980-an.

Melebarkan empayar

Tambah Jordy dalam tempoh tiga tahun diperkenalkan, TW Steel mula berkembang maju dan berjaya melebarkan empayar di Sepanyol dan negara Eropah lain.

Hari ini, TW Steel menikmati rangkaian pengedaran yang luas di utara dan selatan Amerika Syarikat, Australia, Thailand dan Malaysia.

HARGA jam tangan jenama TW Steel bermula RM815 hingga RM4,894.

"Jualan pada tahun 2007 juga meningkat sebanyak 300 peratus," katanya yang gembira dengan kemampuan TW Steel yang bertapak di lebih 35 buah negara.

Antara syarikat pengedar yang bekerjasama dan mempamerkan TW Steel ialah Harrods, Harvey Nichols, Christ, El Corte Ingles, Karstadt dan Selfridges. Di Malaysia, jenama itu boleh diperolehi di bawah pengedar LuxuryConcepts.

Sebut sahaja tentang harga, mungkin segelintir individu ternganga kerana harganya yang agak mahal. Namun, Jordy yakin bahawa mereka yang bergaji sederhana masih boleh menggunakannya.

"Berbanding jam tangan mewah yang lain, jam tangan TW Steel berharga dalam lingkungan harga 150 Euro hingga 900 Euro," jelasnya.

JENAMA TW Steel dari Belanda hanya mengeluarkan jam tangan bersaiz besar.

Ini bermaksud, anda boleh memperoleh sebuah jam tangan TW Steel yang asli bermula dari harga RM815 hingga RM4,894.

Berasaskan kepada falsafah bahawa TW Steel tidak mungkin akan menghasilkan jam tangan bersaiz kecil, yakinlah bahawa anda tidak akan hampa dengan pelaburan yang dilakukan.

Malah, penyanyi Lionel Ritchie dan Justin Timberlake pun turut terpesona dengan kehebatan dan saiznya yang berbeza dari

Survey your favourite jeans here

Wachaaaa..hallo pengunjung2 sekalian..okeyh untuk kali ini Awesome 2U ingin membawa anda untuk melihat membelek dan mencuci mata terhadap jenis2 jeans yang AWESOME yang terdapat di pasaran malaysia kita ini..so list of jeans yang Awesome 2U tunjukkan for today datang nya daripada sebuah butik yang agak terkemuka lah terdapat kedai nya di serata tempat..di setiap pelusuk pulusok dunia..mwahaha..dan butik itu ada lah TOPMAN , pasti semua dah tahu kan? hehe so disini awesome nak tunjuk kan la sikit..jenis2 jeans yang terdapat di butik tersebut mana tau selepas u all tk jeans2 nie berminat kan? SO..JOM! cekidauk!!

Stretch Skinny Jeans
Skinny Jeans
Bootcut and Flare Jeans
Straight Jeans
Slim Jeans
Twister Jeans
Worker Jeans
Carrot Fit Jeans
Essential Jeans
Chinos & Cords
Joggers
Shorts

SO amacam? ade yang berkenan? haha so kalo dh berkenan apo nak d tunggu ?? dapatkan lah sekarang sementara stock maseh ada..d best thing is? x mahal pon! all o it jus below rm120 jee..aa so kalo u all dpt duit blanje dari mak ,duit yuran dari bapak,duit bayar bill dari nenek..xyah bayar dulu..gi grab sluar ni kat butik2 TOPMAN terdekat ngan u all..so selamat membeli belah!!! adios