? ??????????????Sci Fi? ????? ?? ???Rating: 4.0 (86 Ratings)??1116 Grabs Today. 15147 Total Grabs. ??????P
review?? | ??Get the Code?? ?? ????1?? ???????????????????????????Dawn Stilled Water? ????? ?? ???Rating: 4.8 (4 Ratings)??1056 Grabs Today. 5187 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Selasa, 6 April 2010

Manusia sentiasa berhajat kepada Allah

SEBAGAI seorang Muslim, kita mengakui bahawa kewujudan kita di alam ini didahului oleh tiada kepada ada. Kita hadir ke dunia ini dalam keadaan yang serba lemah dan tidak mengerti apa-apa, melalui proses kelahiran dari perut seorang ibu yang dicampakkan oleh Allah SWT perasaan sayang dan belas kepada anak yang dilahirkan.

Berbeza dengan Allah SWT yang tidak ada permulaan dan pengakhiran pada kejadian-Nya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Awal dan Maha Akhir, Maha Kaya dan Maha Penyayang.

Kejadian diri kita yang memerlukan sepenuhnya kepada Pencipta, mengingatkan kepada keperluan wajib diri kita kepada kurniaan dan pertolongan Allah SWT pada setiap waktu. Kebergantungan kita kepada Allah adalah hakikat diri kita yang semestinya diakui penuh sedar dan insaf oleh semua yang bernama makhluk.

Sheikh Ibnu Atoillah r.a mengungkapkan dalam kalam hikmahnya: "Keperluan kamu adalah hakikat semulajadi bagi kejadian dirimu, sedangkan kemunculan pelbagai sebab mengingatkan kamu kepada sesuatu yang tersembunyi tentang hakikat tersebut, dan keperluan yang semulajadi itu tidak dapat diangkat oleh perkara-perkara yang mendatang".

Lumrah manusia sering lupa dan alpa terhadap keperluan dan hakikat dirinya apabila dia sentiasa berada dalam keadaan sihat dan dapat memiliki segala keinginannya. Jauh sekali untuk mengakui kesilapan dan kelemahannya.

Oleh itu, Allah dengan sifat kelembutan dan pengasih-Nya menarik hamba-hamba-Nya kepada-Nya dengan rantai ujian dan pelbagai sebab seperti kefakiran dan kesakitan untuk mengingatkan mereka tentang keperluan hakikat dirinya yang tersembunyi itu kepada-Nya.

Sejarah membuktikan, bahawa inilah antara sebab yang menjadikan Firaun lupa terhadap keperluan dan hakikat dirinya, lalu mengaku dirinya adalah Tuhan. Sepanjang 400 tahun usianya, Firaun tidak pernah mengalami sakit kepala atau demam dan tidak pernah ditimpa penyakit-penyakit yang lain.

Sekiranya Firaun diberikan sedikit cubaan atau sakit kepala dalam satu-satu masa, atau demam panas sehari, sudah tentu dia tidak akan mendakwa dirinya sebagai tuhan.

Segala hal yang mendatang, seperti nikmat kesihatan dan kekayaan tidak akan dapat mengangkat keperluan hakikat diri seseorang hamba. Maka harus bagi Allah menghapuskan nikmat-nikmat tersebut dan menggantikannya denganujian dan cubaan kepada hamba-Nya.

Keperluan-keperluan ini tidak boleh terpisah dari seseorang hamba sama ada semasa di dunia atau akhirat, walaupun setelah memasuki syurga kerana hamba itu sentiasa berhajat dan bergantung kepada Allah selama-lamanya.

Apabila hamba itu diperingatkan dengan hal tersebut, maka dia akan kembali berdiri di atas landasannya dan melaksanakan pengabdian kepada Tuhannya.

Allah mencaci kaum-kaum yang merayu kepada-Nya ketika didatangi sebab-sebab yang menjadikan mereka begitu berkehendak kepada-Nya, tetapi apabila sebab-sebab itu tiada maka hilanglah rayuannya, sebagaimana firman-Nya: Dan apabila seseorang manusia ditimpa kesusahan, merayulah dia kepada Kami (dalam segala keadaan), sama ada ketika sedang berbaring atau duduk ataupun berdiri. Dan manakala Kami hapuskan kesusahan itu daripadanya, dia terus membawa cara lamanya seolah-olah dia tidak pernah merayu kepada Kami memohon dihapuskan sebarang kesusahan yang menimpanya. (Yunus: 12)

Allah juga menjelaskannya dalam firman-Nya yang lain: Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami. Kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) daripada kami, dia berkata (dengan sombongnya): "Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku". (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat tersebut adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu). (al Zumar: 49)

Oleh kerana akal orang awam tidak sampai untuk memahami tentang hakikat kewujudan mereka, maka Allah mendatangkan kepada mereka sebab-sebab yang membangkitkan keperluan mereka kepada Allah untuk memperkenalkan kepada mereka tentang keperkasaan rububiah-Nya dan keagungan ketuhanan-Nya.

Justeru, hendaklah kita sentiasa mengetahui tentang hakikat dan keperluan diri kita kepada-Nya yang setiap masa dan ketika.

Ketahuilah, saat seseorang hamba dapat melihat dan merasakan keperluannya kepada Allah merupakan sebaik-baik waktu baginya. Ini kerana pada waktu itu, terlaksananya hak ubudiah dan kamu dapat merasakan keagungan Allah Yang Maha Hebat.

Ia juga merupakan waktu seseorang hamba menjadi sempurna kerana sekadar mana terlaksananya ubudiah seorang hamba pada zahirnya, maka sebesar itulah penyaksian rububiah pada batinnya.

Serendah mana kehinaan diri yang dirasakan oleh hamba tersebut pada zahirnya pada waktu itu, setinggi itulah kemuliaannya pada batinnya.

Lihatlah kepada semulia-mulia makhluk Allah para Nabi a.s. Dengan apakah Allah berbicara tentang mereka atau namakan mereka jika tidak dengan ubudiah?

Allah berfirman dalam surah al-Israk ayat 1: Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari.

Dalam surah Sod ayat 45, Allah berfirman: Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba-hamba kami Nabi Ibrahim dan Nabi Ishak serta Nabi Ya'qub.

Manakala dalam ayat yang lain Allah berfirman: Dan ingatlah akan hamba Kami Nabi Daud, yang mempunyai kekuatan (dalam pegangan agamanya). (Sod: 17)

Nabi SAW, ketika disuruh memilih sama ada menjadi nabi seumpama raja atau nabi seumpama hamba, maka Baginda SAW memilih untuk menjadi nabi seumpama hamba. Ini menunjukkan bahawa semulia-mulia sifat manusia ialah perhambaan.

Dari hadis Ibnu Umar, Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya telah turun kepadaku malaikat dari langit yang tidak pernah turun kepada seorang nabi pun sebelumku atau selepasku. Dia ialah Israfil AS. Israfil AS berkata: "Aku adalah utusan Tuhanmu yang memerintahkan aku supaya memberitahumu, "Adakah kamu ingin menjadi nabi yang bersifat hamba atau nabi seperti raja?" Aku melihat Jibril AS, dia menunjukkan isyarat supaya aku merendah diri. Maka sekiranya aku berkata, "Aku ingin menjadi nabi seperti raja, nescaya akan berjalan gunung-ganang pergi bersamaku menjadi emas". (riwayat al Tabrani)

Dalam kepapaan atau saat kita memerlukan kepada Allah, akan menambahkan lagi nikmat dan kurniaan Allah SWT kepada kita. Justeru, sekiranya kamu mahu dihamparkan ke atasmu kurniaan-kurniaan Allah, hendaklah kamu benar-benar menyempurnakan kefakiran dan keperluan kamu kepada-Nya.

Allah menyertakan pertolongan-Nya dan kemenangan kepada hamba-Nya ketika hamba tersebut benar-benar memerlukan-Nya, merasakan dirinya hina, lemah dan serba kekurangan.

Perang Badar

Kemenangan yang diraih dalam perang Badar dan kekalahan perang Hunain telah membuktikannya. Allah berfirman: Dan ingatlah semasa kamu dahulu sedikit bilangannya, lalu Allah menjadikan kamu ramai. (al-A'raf: 86)

Allah meletakkan kehinaan, kekecewaan, kekalahan dan tidak diberikan pertolongan ketika kamu merasa megah, merdeka dan kuat. Allah SWT telah berfirman: Dan di medan perang Hunain, iaitu semasa kamu merasa megah dengan sebab bilangan kamu yang ramai; maka bilangan yang ramai itu tidak mendatangkan faedah kepada kamu sedikitpun; dan (semasa kamu merasa) bumi yang luas itu menjadi sempit kepada kamu; kemudian kamu berpaling undur melarikan diri. (al Taubah: 25)

Sebaik-baik waktu kamu juga ialah ketika kamu merasakan kehinaan diri kamu di hadapan-Nya kerana ia sebab kamu mendapat kemuliaan dan pertolongan daripada-Nya.

Setiap sesuatu itu tersembunyi dalam lawannya seperti kemuliaan tersembunyi dalam kehinaan, kekayaan tersembunyi dalam kefakiran, kekuatan tersembunyi dalam kedaifan dan sebagainya.

Ingatlah sabda Rasulullah SAW kepada Ibnu Abbas r.a: "Ketahuilah, bahawa berkemenangan itu beserta dengan kesabaran, pelepasan itu beserta kesulitan dan di samping kesusahan itu ada kesenangan".

Perbezaan mujtahid bukan untuk berpecah-belah

PEMIKIRAN anti mazhab dibawa ulama modenis-reformis menyebabkan timbulnya kesangsian terhadap ilmuwan silam termasuk ulama sejati yang dikatakan seolah-olah membekukan daya cipta masyarakat Islam dan fahaman taklid dituduh membantutkan akal serta pemikiran masyarakat Islam.

Pengarah Pusat Kajian Ekonomi dan Kemasyarakatan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Dr Mohd Sani Badron, berkata kelompok itu bercita-cita mendirikan jaringan aliran baru berdasarkan fahaman sendiri yang merujuk terus kepada al-Quran dan al-Sunnah.

Katanya, usaha mereka itu berlawanan aliran lama yang bertaklid kepada mujtahid mazhab yang berusaha menangani masalah besar terkandung dalam risalah Nabi Muhamad SAW sebagai rahmat membawa manfaat untuk manusia seluruhnya. “Apa yang cuba dibawakan mereka adalah mempersoalkan perkara remeh yang dijadikan masalah besar dan tindakan itu amat memalukan apabila masyarakat melihat golongan agama hanya membahaskan, tidak membaca qunut atau talkin.

“Imam mujtahid seperti Abu Hanifah, Malik, Ibn Hanbal dan Al-Syafi’e memainkan peranan menyelesaikan persoalan yang timbul dalam perhubungan orang Islam pelbagai kaum dan antara orang Islam dengan bukan Islam,” katanya pada Muzakarah Pakar Adab Terhadap Mazhab: Masalah dan Penyelesaian anjuran IKIM.

Beliau yang membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Puak Anti Mazhab: Beberapa Pengamatan’ berkata tindakan memperbesarkan perkara kecil menyebabkan masalah besar yang benar-benar membelenggu ummah gagal ditangani.

Selain itu katanya, kebelakangan ini banyak pihak suka mengeluarkan pandangan peribadi memberi hukum berasaskan hawa nafsu dan lebih teruk apabila dikelirukan isu popular seperti kepentingan hak asasi manusia atau kebebasan bersuara.
Mohd Sani berkata, Islam tidak menentang perbezaan pendapat dengan syarat ia bukan mengikut hawa nafsu tetapi merujuk kepada sumber sama, cuma berbeza dari segi pendekatan sudut pandangan.

Antara mazhab katanya, perbezaan pandangan bukan dengan menambah perkara baru tetapi pada cara memahami, mengesahkan nas serta menetapkan hukum daripada makna terkandung dalam nas yang sama.

Malah, pandangan pertama tidak bertentangan dengan pandangan kedua tetapi digarap untuk menjawab dua perkara berbeza bukan disebabkan hukum berbeza, sebaliknya zaman atau perkembangan semasa yang berlainan.

“Perpaduan umat terjamin apabila ada kesatuan pemikiran iaitu faham bahawa dua orang mujtahid boleh berbeza kesimpulan dalam pelbagai masalah dan kedua-dua kesimpulan adalah fiqh yang sah,” katanya.

Mohd Sani berkata, hala tuju golongan agama terdiri daripada imam mujtahid adalah jelas kerana 60 peratus daripada ratusan ribu huraian isu syariah meliputi keperluan awam serta negara, perundangan syariah dan muamalah.

Contohnya, apabila Imam Abu Yusuf mengarang kitab al-Kharaj, beliau memberi panduan kepada Khalifah Harun al-Rashid mengenai hasil pendapatan negara termasuk mengenai pembahagian tanah berdasarkan nilai dan produktivitinya, perbezaan kadar hasil, perbezaan status petani yang dihurai secara menyeluruh dengan undang-undang sangat tersusun.

Katanya, imam mujtahid memberi jawapan yang memuaskan bukan hanya kepada soal bacaan Yasin malam Jumaat dan bilangan rakaat solat tarawih tetapi bagaimana untuk menyatukan umat Islam dalam mendepani undang-undang dan tatacara asing dalam urusan pentadbiran masyarakat.

“Wawasan mereka adalah mewujudkan garis panduan asas yang boleh diguna pakai dalam mendepani tahap perkembangan masyarakat dan kemajuan akal manusia. Mereka memahami kehidupan sentiasa berjalan akan menimbulkan banyak perubahan yang perlu ditangani ijtihad bersandarkan al-Quran dan al-Sunnah,” katanya.

Katanya, menyempitkan konsep ilmu menyebabkan ulama sibuk bertengkar serta memeningkan kepala mengenai perkara kecil yang menimbulkan perselisihan sia-sia dan tidak menguntungkan ummah.

Sepatutnya, isi kandungan al-Quran, al-Sunnah dan khazanah ilmu huraian imam mujtahid dimanfaatkan dalam mengenal pasti permasalahan sebenar dan mencari penyelesaian untuk diterjemahkan dalam polisi negara demi kepentingan masyarakat.

Itulah sepatutnya usaha golongan agama yang tidak henti-henti meningkatkan sumbangan kepada pembangunan ummah melalui pencarian hukum penyelesaian terbaik dan perundangan alternatif hingga wujud keseimbangan ilmu dunia, sains dengan nilai kehidupan.

Mohd Sani berkata, mazhab menyediakan untuk umat Islam ribuan jawapan yang betul berasaskan ilmu kepada soalan bagaimana mentaati Allah secara terperinci selain memutus serta menghurai perintah al-Quran dan sunnah mengikut kes demi kes.

Bagaimanapun katanya, dalam konteks bertaqlid hendaklah berasaskan ilmu bukan secara membuta tuli seperti anak guam mengikut peguam, ahli perniagaan mengikut akauntan dan pesakit mengikut nasihat doktor.

“Mazhab bukan hasil kerja seorang mujtahid tetapi himpunan sarjana yang meneliti syariah melalui pembahagian tugas dan pengkhususan dalam jangka waktu panjang bagi menghasilkan karya perundangan lebih baik untuk menawarkan Islam sebagai sistem hidup yang padu,” katanya.

Sementara itu, Felo Kehormat Institut Pemikiran dan Tamadun Antarabangsa (ISTAC), Dr Uthman El Muhammady, berkata amalan bermazhab adalah jalan beragama bagi yang bukan mujtahid seperti bidang kehidupan lain iaitu mereka mampu memimpin menjadi pemimpin sementara yang tidak mampu termasuk golongan dipimpin.

Namun, dalam kehidupan bermazhab hendaklah memahami adabnya antaranya menghormati perbezaan pendapat yang berlaku supaya menjadi rahmat yang memberi kebaikan kepada semua bukan menimbulkan masalah.

“Manusia ada yang mempunyai kelebihan ilmu dan ada yang tidak. Maka yang mempunyai kelebihan ilmu serta akal, memimpin mereka yang lain dalam hal kehidupan termasuk perkara agama yang menyentuh hidup abadi,” katanya.

Galeri-galeri muzium Tekstil di Malaysia



Diberi peluang meneroka setiap pelosok pameran di dalam Muzium Tekstil Negara, ternyata usaha mewujudkan sebuah muzium yang mengangkat martabat tekstil negara tidak sia-sia. Muzium yang diilhamkan oleh Allahyarham Tun Endon Mahmood itu secara tidak langsung menjadi pusat yang bertanggungjawab mengumpul, menyelidik dan mengekalkan koleksi tekstil negara.

Pada masa yang sama, ia mempamerkan himpunan fabrik pelbagai etnik di Malaysia. Selain pakaian tradisional masyarakat Melayu, Cina dan India, turut dihimpunkan adalah koleksi pakaian peribumi Sabah, Orang Asli dan Sarawak.

Misi tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman masyarakat terhadap nilai, etika dan estetika dalam penghasilan, penggunaan, pemakaian, pembudayaan serta perkembangan tekstil.

Apabila melangkah ke dalam perut muzium, pengunjung diajak menyusuri galeri Pohon Budi terlebih dahulu. Galeri yang terletak di hadapan pintu masuk muzium itu ibarat pembuka panggung pentas tekstil.

Sarat dengan kisah-kisah sejarah tekstil yang bermula dari zaman pra sejarah dan dikembangkan melalui jalan perdagangan.



PRAKTIKALITI dan keanggunan busana Puteri Perak yang berasaskan songket sungguh istimewa.



Galeri Pohon Budi merupakan lubuk ilmu yang menerangkan kepada pengunjung tentang proses pembuatan kain tradisional dan penggunaan bahan-bahan semula jadi.

Itu termasuklah penjelasan mengenai lembaran kain yang dihasilkan daripada kulit kayu terap, serat nanas dan anggerik hutan. Kaedah tersebut cukup dikenali di kalangan masyarakat Orang Asli dan peribumi Sabah serta Sarawak suatu ketika dahulu.

Keseronokan pembelajaran lebih dirasai apabila dibantu dengan sesi demonstrasi oleh patung-patung khas dan keterangan yang tertera pada papan kenyataan.

Selain mengetahui teknik tenunan pengunjung turut diberi peluang meninjau proses sulaman, tekatan, mengait dan hiasan manik pada tekstil unggul negara seperti songket, pua kumbu, telepuk, tekatan, keringkam, linangkit dan kain pis.

"Pihak muzium berusaha mempamerkan artifak yang terbaik agar dapat menyemai perasaan kasih dan sayang dalam diri masyarakat tempatan terhadap tekstil warisan negara.

"Malah, kami turut mempamerkan kain cindai berusia antara 300 hingga 400 tahun yang telah dibawa oleh pedagang dari India ke Tanah Melayu.

"Negara kita juga kaya dengan tekstil menawan dan berkualiti serta memiliki 16 proses penghasilan fabrik," terang Rosidah yang turut memberitahu terdapat tiga lagi galeri yang harus dikunjungi iaitu galeri Pelangi, Teluk Berantai dan Ratna Sari.

Galeri Pelangi menghimpunkan koleksi tekstil tradisional kain pelangi yang turut dikenali sebagai kain benang raja kerana terdiri daripada bermacam-macam warna.

Begitu juga dipamerkan koleksi masyarakat Cina, Baba dan Nyonya yang kaya dengan sulaman benang sutera, benang emas dan manik-manik serta koleksi kain etnik Sarawak dan Sabah yang penuh dengan kehalusan dan motif yang beraneka.



SELAIN pakaian tradisional Melayu, Cina dan India, Muzium Tekstil Negara turut menghimpunkan koleksi pakaian peribumi Sabah, Orang Asli dan Sarawak.

Di galeri Teluk Berantai, keunggulan tenunan songket Melayu diangkat menjadi lambang penyatuan rumpun Melayu dalam menghasilkan fabrik warisan yang berkekalan sehingga ke hari ini.

Pengunjung berpeluang mendekati kehalusan koleksi warisan Melayu seperti tekatan, kelingkan, kain tenun, kain limar, songket atau kain berayat.

Tambah Rosidah: "Tekstil dan aksesori bagai isi dan kuku. Sehelai busana yang membaluti tubuh seseorang tidak lengkap dan ceria dengan kehadiran aksesori yang bersesuaian. Menyedari faktor tersebut, di bahagian atas muzium ini terdapat galeri Ratna Sari yang menempatkan koleksi aksesori."

Menurutnya, Ratna Sari sesuai diberikan pada koleksi terpilih barang kemas. Di galeri ini, pengunjung dapat mengetahui seni kepakaran pelbagai kaum dan etnik yang kreatif dalam menghasilkan barangan kemas yang dipakai dan diwarisi zaman berzaman.

Antaranya ialah mahkota, cucuk sanggul, dokoh, pending, gelang tangan, caping dan gelang kaki."

Jumaat, 2 April 2010

lima perkara yang baik

Lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya:-
1: Wajah yang cantik – solat subuh
2: Duit yang banyak – solat zohor
3: Kesihatan yang baik – solat asar
4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib
5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak

Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari.Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak. (Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.' Surah Al-Baqarah ayat 286

HUKUM MENYAMBUT HARI VALENTINE

Tarikh 14hb Februari merupakan hari yang dianggap keramat oleh pasangan-pasangan yang sedang berkasih. Hari yang dikenali sebagai Valentine’s Day atau Hari Memperingati Kekasih dianggap sebagai satu masa untuk mengisytiharkan ketulusan cinta kepada pasangan masing-masing. Maka pada 14hb Februari pasangan-pasangan kekasih ini akan memakai pakaian-pakaian yang terbaik dan sebaiknya hendaklah ia berwarna merah, bertukar-tukar hadiah dan seeloknya adalah bunga ros berwarna merah. Pasangan-pasangan kekasih ini juga akan bercanda di merata-rata tempat sehingga terjadilah adengan-adengan maksiat yang bertentangan dengan syarak demi untuk membuktikan kasih dan sayang mereka yang tidak ternilai harganya.Saban tahun juga para ulamak mengingatkan kepada umat Islam agar menghindari menyambut Hari Valentine ini namun ianya seperti menuang air ke daun keladi. Oleh itu penulis melihat begitu pentingnya untuk mengupas sejarah sambutan Hari Valentine ini agar ianya dapat menyedarkan muda-mudi kita yang hanyut di lautan cinta bahawa ianya adalah sambutan yang berkaitan dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian. Hari Valentine tidak ada kena-mengena dengan umat Islam malah hukum menyambutnya adalah haram.SEJARAH SAMBUTAN HARI VALENTINEBila kita membicarakan tentang sejarah sambutan hari Valentine maka kita akan dapati bahawa terdapat 4 pendapat berkaitan dengannya.Ø Pendapat pertama mengaitkannya dengan pesta sambutan kaum Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia. Lupercalia merupakan upacara penyucian diri yang berlangsung dari 13hb hingga 18hb Februari. Dua hari pertama mereka menyembah dewi cinta bagi kaum Rom kuno yang bernama Juno Februata. Pada hari ini para pemuda Rom memilih nama-nama gadis-gadis yang menjadi pilihan mereka lalu dimasukkan ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda tersebut kemudiannya akan mencabut nama tersebut dari dalam kotak itu secara rawak. Nama gadis yang tertera di dalam kertas tersebut akan menjadi pasangan yang akan menjadi objek hiburan seksnya selama setahun. Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan serigala. Pada hari ini mereka akan menyembelih seekor anjing dan kambing. Kemudian mereka akan memilih 2 pemuda Rom yang dianggap paling gagah untuk menyapukan darah binatang tersebut ke badan mereka lalu mencucinya pula dengan susu. Setelah itu akan di adakan perarakan besar-besaran yang diketuai 2 pemuda tersebut dan mereka berdua akan memukul orang ramai yang berada di laluan mereka dengan kulit binatang dan para wanita akan berebut-rebut untuk menerima pukulan tersebut kerana mereka beranggapan ianya akan menambahkan kesuburan mereka.Ø Pendapat kedua mengaitkannya dengan kematian paderi St. Valentine ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Terdapat 2 versi cerita berkaitan dengan St. Valentine ini.Versi pertama. Pada masa pemerintahan Claudius II, kerajaan Rom yang menyembah dewa-dewi amat memusuhi penganut agama Kristian dan para mubaligh Kristian telah dipenjara serta disiksa. St. Valentine sebagai seorang yang tegar menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut turut dipenjarakan oleh Cladius II. Dikhabarkan St. Valentine walaupun dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama tersebut di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan St. Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Pengorban yang dilakukan oleh St Valentine ini dianggap oleh penganut Kristian sebagai satu pengorbanan yang besar demi kecintaan beliau terhadap agamanya. Malah St. Valentine disamakan dengan Jesus yang dianggap oleh penganut Kristian mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan ‘From your Valentine’ (Daripada Valentinemu). Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.Versi kedua. Claudius II beranggapan bahawa anggota tentera yang muda dan masih bujang adalah lebih tabah dan kuat ketika berada di medan peperangan berbanding dengan mereka yang telah berkahwin. Justeru itu Cladius II menghalang para pemuda dari berkahwin. Namun demikian St.Valentine menentangnya dengan keras dan beliau telah melakukan upacara pernikahan terhadap para pemuda-pemuda Rom secara sulit. Aktiviti St. Valentine ini akhirnya dapat diketahui oleh Cladius II lalu beliau mengarahkan St. Valentine ditangkap dan dihukum gantung pada 14 Februari 269 M.Ø Pendapat ketiga. Ia dirayakan sempena kejatuhan Kerajaan Islam Andalusia di Sepanyol. St. Valentine merupakan individu yang telah memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu. Disebabkan sumbangan beliau itu, St. Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 merupakan tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.Ø Pendapat keempat. menyatakan sambutan hari Valentine ini bersempena dengan sifat burung yang musim mengawan burung yang jatuh pada 14hb Februari. Ini merupakan pendapat tradisi orang Inggeris.Disini kita dapat melihat dengan jelas bahawa asal-usul sambutan Hari Valentine ini tidak ada hubung-kaitnya dengan budaya serta agama bagi umat Islam.Hukum Menyambut Hari ValentineSebagaimana yang telah termaktub di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. – al-Hajj : 67Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi. Namun demikian apa yang mendukacitakan adalah umat Islam pada zaman kini telah mula merayakan hari-hari perayaan yang langsung tidak berkaitan dengan umat Islam malah ianya berasal dari budaya serta agama golongan yang ingkar kepada perintah Allah S.W.T. seperti sambutan Tahun Baru Masehi, Hari Halloween dan juga Hari Valentine yang sedang kita perbincangkan ini. Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512.Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini merupakan satu upacara yang berhubung-kait dengan agama Rom Kuno dan juga Kristian sebagaimana yang telah penulis paparkan sebelum ini. Justeru itu bagi mereka yang menyambut hari tersebut ditakuti dia tergolong dalam ke dua golongan tersebut sebagaimana yang telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. di atas. Apabila seseorang itu merayakannya bermaksud untuk mengenang kembali peristiwa kematian St. Valentine maka tidak disangsikan lagi bahawa perbuatan tersebut boleh menyebabkan pelakunya terkeluar dari agama Islam. Apabila dia tidak bermaksud sedemikian dan menyambut Hari Valentine sekadar untuk bersuka-ria maka dia sebenarnya telah melakukan suatu kemungkaran yang besar kerana sambutan hari tersebut menyerupai perbuatan golongan yang durhaka kepada Allah S.W.T.. Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal. Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). – al-Israa’ : 32Sebagaimana yang telah dilaporkan dalam akhbar Utusan Malaysia pada 10 Februari 2007, Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahaya Mohamed Yusof telah menegaskan bahawa kes remaja hamil anak luar nikah meningkat pada akhir Februari dan awal Mac. Beliau berkata: “Sebahagian besar remaja yang ditempatkan di Kewaja mengadu mereka lupa diri ketika menyambut Hari Memperingati Kekasih atau Valentine’s Day. Mereka keluar berpasangan dan berpesta sehingga larut malam, kemudian mengambil pil khayal hingga tidak sedar terlanjur lalu hamil.”Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredhai Allah S.W.T.. Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar)". –Al-Baqarah (2) : 120Oleh itu mereka mempopularkan sambutan Hari Valentine ini di negara-negara Islam dan menampakkan sambutannya sebagai satu perkara yang begitu romantis serta indah bagi pasangan-pasangan yang ingin membuktikan perasaan cinta mereka. Inilah sebenarnya sikap syaitan yang sentiasa berusaha untuk menyadur perbuatan maksiat agar kelihatan seperti satu perkara yang baik dan diamalkan oleh manusia tanpa rasa berdosa. Firman-Nya Iblis berkata: " Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik". – al-Hijr (15) : 39-40Bersandarkan kepada hujah-hujah di atas maka para ulamak telah merumuskan bahawa sambutan Hari Valentine adalah diharamkan bagi seluruh umat Islam. Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan: “Bahawa amalan merayakan Valentine’s Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam. Roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam. Oleh itu amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalakkan oleh agama Islam”.Justeru itu hendaklah pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya untuk menghalang budaya golongan yang ingkar kepada Allah ini dari diamalkan oleh umat Islam di Malaysia. Media Massa sepatutnya dihalang dari memasyhurkan sambutan Hari Valentine ini kepada umat Islam. Sebagai gantian media massa perlu digunakan untuk menyebarkan fatwa-fatwa para ulamak yang mengharamkan sambutan Hari Valentine.